Lalova Official Site

silent reader[s]
Birthday & Kawan

28 Januari 2013 @ Isnin, Januari 28, 2013 | 0 Comment [s]

Hi , Syukur ke hadrat ilahi kerana harini kita masih lagi bernyawa . Alhamdulillah ... Hari ni seperti hari-hari yang lain . Hidupku setelah tamat zaman persekolahan amat membosankan . Rutin seharianku bangun tidur , mandi , makan , mengadap laptop . Memang membosankan . Bukan aku tak pernah cari kerja , pernah . Tapi , tak pernah pula aku dapat tawaran kerja . Alahai , nasib badan . Tapi tidak mengapa . Aku tak kisah . Mungkin bukan rezeki ku . Lagipun , tahun ni aku dapat PLKN . Jadi , tak kisah lah tak kerja lagi buat masa ni . Masa-masa terluang ni aku banyak menolong mak aku jaga Marissa , anak makcik aku . Dia duduk dengan kami sebab mak dia kerja dekat Seremban . Cuma seminggu sekali mak dia balik ambil dia dekat rumah kami . 

Walaupun Ulang tahun kelahiran aku yang ke-18 telah lepas pada 22 Januari lalu , tapi aku masih dapat hadiah dari Mak aku sebuah beg , Sepupu aku Yusrie baju T90 manakala adiknya teddybear kecil . Terima kasih kerana sudi nak memberi hadiah dekat sepupu korang ni . Hari lahir korang nanti , aku bagi hadiah kat korang pulak . Tupun kalau aku tak pergi PLKN lagi lah . Hehe ... Ohya ! Baru-baru ni kami menyambut birthday aku dekat Taman Rimba , pening kepala aku naik kereta . Lalu pula jalan Titi Kerawang . Memang fening la kepala ana . Tapi best ! Semua keluarga ada . Aku siap rakam lagi mak&ayah , cik , maklang&paklang akuu wish birthday dekat aku dan tak lupa mendoakan kebahagiaan aku dengan cuie . Aminnn ~

...

Sejujurnya , aku amat merindui kawan-kawan aku yang dulu . Yang ada masa untuk melepak bersama-sama , gelak ketawa , berkongsi kisah suka duka bersama , makan bersama tu . Sungguh kini semua menghilang . Yang ada cuma sebilangan dari kami . Aku merindui mereka . Pernah sekali aku bergaduh dengan kawan-kawan aku . Hampir setahun kami tidak bercakap . Tapi kini , alhamdulillah hubungan kami semakin pulih . Memang betullah , hubungan silaturrahim tak elok diputuskan . Aku pun mula belajar dari kesilapan . Maklum la , manusia mana yang tak pernah melakukan kesilapan . 

Begitu juga kawan-kawan lelaki aku yang kerap ponteng sekolah tu , p Taman Belia . Mandi manda dekat sana lepastu pergi makan nasi Kandar dekat Padang Kota Baru ataupun Persiaran Gurney  . Rindu diorang . Diaorang menghormati aku sebagai perempuan dan acy kepada Cuie walaupun kerap jugak aku buli diorang . Tiap kali aku buli diorang , mesti mengadu dekat Cuie . Aku pulak yang kena marah balik . Minta maaf tau . Hehe ... Cuma yang boleh aku katakan , aku mengharapkan kita boleh berjumpa , bersembang macam dulu lagi agar masing-masing tidak melupakan kenangan-kenangan kita sewaktu zaman persekolahan kita .. Semoga hari-hari kita lebih baik dari sebelumnya . Aminn ~

Sesudah ini lah dulu aku menaip panjang lebar . Penat jari menaip . Moga bertemu lagi dalam entry yang seterusnya . Oleh itu , Assalamualaikum dan byeee ! 

Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Holla ! I'm Nora . Thanks for coming here . I'm twenty one years old . Nice to meet you here !


Navigations!

Diary Me Site


Let's Talk!


Big Thanks

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : norasayangg
Best View at GOOGLE CHROME!