You're Mine
16 Februari 2012 @ Khamis, Februari 16, 2012 | 2 Comment [s]
Cinta tidak hadir jika tiada insan yang mempunyai perasaan suka sama suka . Cinta tidak hadir jika seseorang tidak berani meluahkannya . Cinta hadir dengan sebuah keikhlasan dan kejujuran untuk mengenali seseorang itu . Begitu juga aku yang telah mempunyai seseorang yang menyayangi dan mencintaiku . Walaupun hubungan aku dengan si dia belum menjangkau setahun seperti orang lain yang telah lama bercinta , tetapi aku tetap bersyukur kerana dipertemukan dengan si dia . Dia telah membuatkan aku belajar untuk setia . Untuk menerima seseorang dengan seadanya tanpa memilih paras rupa , harta kekayaan , kebendaan dan sebagainya . Dia membuka pintu hatiku untuk menerima seseorang itu dengan ikhlas . Munngkin dia tidak sempurna di pandangan sesiapa , tapi dia sempurna dimataku . Layanan dia membuatkan aku lebih menyayanginya . Tak sanggup untuk aku melepaskan dia buat kali ketiga . Tak sanggup untuk aku mengalirkan air mata kesedihan tapi aku rela mengalirkan air mata untuk kebahagiaan . Dia adalah Mohammad Syukri B. Khamar yang telah menjaga aku selain daripada ibubapa aku . Dia adalah orang yang menyayangi aku selama ini . Aku tak pernah melarangnya daripada bergaul dengan kawan sekelas dengan kami . Kerna aku tahu , dia milikku . Dia kepunyaanku . Tiada sesiapa yang mampu untuk menandingi dia di dalam hatiku . Aku bahagia memilikinya . Hanya kejujuran , kesetiaan dan kepercayan yang mampu untuk mempertahankan sesebuah perhubungan yang ikhlas . Written by : Cik Nora |
The Disclaimer
Navigations!
Let's Talk!
Big Thanks
Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn Full Edited : norasayangg |