Lalova Official Site

silent reader[s]
Sumpahan Kum Kum

29 Januari 2012 @ Ahad, Januari 29, 2012 | 0 Comment [s]



Heyy peeps ! Kemarin aku hangout nun hubby aku p BJ . Mula² nak p Qbay tp da tadan . Kluaq ruma lewat sangat . Besa la janji melayu la katakan . Okey , smpay ja BJ kami p booking dulu ticket , SUMPAHAN KUMKUM . Then , p karoke at INTERBOX . Ou ya , kami tak p berDUA tau , p berTIGA , Nabil mmbe kami . Karok abeh sejam , p lha at wayank ue . Saja gatai p masok away . Hehe . Agak seram gak aa , cmpy termimpi-mimpi lah !  Meh na cita sinopsis cita ue .


Ceita bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat , malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk . Pantang larangnya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari . Di tempat kerjanya , Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki , mula menjadi siulan ramai . Mila tak sabar unyuk melihat wajah barunya dan melihat cermin . Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya .


Setelah dipujuk dan dirayu , akhirnya dukun iaitu Mak Tom memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya ialah dengan meminum darah 9orang gadis sunti . Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya . Shima adalah anak kepada Mak Tom . Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya . Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya . Sebelum ditimbus , Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom . Mak Tom mempunyai seorang susu , Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin dengan Tini . Hantu Mila (hantu Kumkum ) sering merayau dan mengganggu orang kampung .


Pada suatu hari , Mak Tom meninggal dunia dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga . Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi , anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh , ibu saudaranya untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Ton dan hantu Shima yang mengganggunya . Adi menyuruh isterinya , Nurul membawa anak mereka pulang ke KL . Di KL , hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah . Nurul mendapat panggilan daripada Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap . Malangnya , Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini . Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik .


Di kampung , orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila . Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba , Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan . Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan . Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini , hantu Mila menggelumpur kerana pada ketika itu , di kampung orang ramai sudah mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin . Di kubur Mila , kelihatan dua wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri di kawasan perkuburan tersebut .

Barisan pelakon :
Feroz : Adi (Pelakon Utama)
Putri Mardiana : Nurul (Pelakon Utama)
Lydiawati : Mak Tom (Pelakon Pembantu)
Echa : Tini (Pelakon Pembantu)
Maimon Mutalib : Mak Leha (Pelakon Pembantu)
Kazaar Saisi : Pak Nuar (Pelakon Pembantu)
Abdul Razak Ahmad : Imam (Pelakon Pembantu)



Oke lha . Nanty update lagi . Bhaii !

Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Holla ! I'm Nora . Thanks for coming here . I'm twenty one years old . Nice to meet you here !


Navigations!

Diary Me Site


Let's Talk!


Big Thanks

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : norasayangg
Best View at GOOGLE CHROME!