Cara mengekalkan hubungan jarak jauh
15 November 2011 @ Selasa, November 15, 2011 | 2 Comment [s]
Di antara kalian ny mesti ada perhubungan jarak jauh kan ? Tapi , jarak jauh bukanlah bermaksud hubungan anda akan berakhir . Maybe ada faktor² yang tertentu yang menyebabkan anda berpisah sementara . Oleh itu , anda perlu melakukan sesuatu agar hubungan anda terjalin seperti biasa . Di bawah ny ada beberapa cara yang dapat mempertahankan hubungan ketika kamu berdua terpisah oleh jarak yang jauh . TETAP BERHUBUNG SETIAP MASA Tidak terputus hubungan adalah kunci perhubungan cinta jarak jauh . Chatting , SMS , atau email secara teratur adalah salah satu langkah terbaik yang dapat dilakukan bagi menyelamatkan sesebuah perhubungan . LAKUKAN AKTIVITI KESUKAAN Jangan mensia-siakan hidup kerana si dia berada jauh dari pandangan . Lakukan aktiviti harian kamu seperti biasa . Jika dulu kamu tidak mempunyai masa , maka gunakanlah masa yang ada sebaik mungkin . JANGAN BIARKAN PERSELISIHAN FAHAM BERPANJANGAN Jika berlaku perselisihan faham , selesaikan dengan segera . Jangan biarkan terlalu lama kerana takut menjadi semakin rumit . JANGAN sesekali abaikan mesejnya . TUNJUKKAN PERHATIANMU Jangan jadikan jauh sebagai alasan ! Tunjukkan kepadanya perhatian yang telah kamu berikan . Kirimkan kepada si dia e-card yang lucu , hangat dan menyentuh perasaan . REALITI Jangan fikir dunia sudah berubah jika kamu bersatu kembali akhirnya . Ada banyak perkara yang terjadi dan perlu di fahami semasa kamu berpisah . Mungkin keadaan tidak sama lagi seperti dahulu . Oleh itu , luangkan masa bersama dan berbincang dengan baik tentang diri kamu semasa terpisah dahulu . Ini adalah cara terbaik untuk memahami kehidupan masing-masing Label: Cinta |
The Disclaimer
Navigations!
Let's Talk!
Big Thanks
Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn Full Edited : norasayangg |